Monday 6 June 2011

~ Roti Canai ~

Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.
Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.

                                                          Roti canai yang siap dimasak.

Kuih Tradisional Kaum India

Masakan India adalah masakan dari berbagai kawasan di anak benua India. Ciri khas masakan India adalah penggunaan berbagai rempah-rempah khas India dan sayuran yang tumbuh di India, dan beraneka ragam hidangan vegetarian. Masakan India juga mencerminkan keanekaragaman iklim, demografi, dan agama.

                                       Gambar ini merupakan makanan Kaum India, iaitu Tose.

Imigrasi dan percampuran budaya secara terus menerus berlangsung di India selama ribuan tahun. Iklim India yang berbeda-beda menurut daerahnya, mulai dari daerah beriklim tropis hingga daerah beriklim Pegunungan Alpen, dan menyediakan beraneka ragam bahan makanan. Bagi sebagian orang India, makanan sudah menjadi simbol keagamaan dan identitas sosial dengan beraneka ragam tabu dan pelarangan. Sebagian penganut Jainisme, misalnya, tidak makan akar-akaran atau makanan yang diambil dari dalam tanah. Sebagian penganut Hindu dan Buddha adalah juga vegetarian. Antara 20% hingga 42% penduduk India adalah vegetarian ketat, sementara hanya 30% dari penduduk India yang pemakan daging.

~ Kuih Bulan ~


Kanak-kanak sangat suka Bulan Pesta Tanglung. Selain boleh bermain tanglung, mereka juga suka makan kuih bulan.

Kuih bulan adakah pastri Cina secara tradisi dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu adalah bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih bulan adalah ditawar antara rakan-rakan atau kepada perhimpunan keluarga sementara meraikan pesta, satu daripada tiga perayaan Cina yang paling penting.

Kuih bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran lebih kurang 10 cm dalam diameter dan 4-5 sm tebal. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu kerak agak nipis (2-3 mm) dan boleh mengandungi kuning telur daripada telur masin itik. Kuih bulan adalah kaya, berat, dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Mereka biasanya dimakan dalam bahagian kecil diiringi dengan Teh Cina.

Kuih Tradisional Kaum Cina

Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya "nian gao" (年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud 'kuih' dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高 (gāo​) bermaksud 'tinggi' melambangkan erti "semakin tahun semakin tinggi" (年年高升)(niánnián gāoshēng) atau ringkasnya "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".

~ Lemang ~

Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya.
Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding.
Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia.


Resepi

Bahan-bahan

  1. 1 kg beras pulut
  2. 3 biji kelapa (ambil santannya) 2 batang buluh sederhana besar
  3. Garam secukup rasa.

Cara penyediaan

  1. Basuh beras pulut dan tuskan airnya.
  2. Gulong daun pisang dan masukkan ke dalam buluh mengikut bulatan buluh.
  3. Kemudian masukkan beras pulut yang telah dituskan ke dalam gulongan daun pisang dalam buluh tersebut dan tinggalkan ruang satu atau dua inci. Jangan terlalu penuh.
  4. Masukkan sedikit garam secukup rasa ke dalam santan dan tuangkan ke dalam buluh.
  5. Bakar dengan menggunakan api yang sederhana besar. Setiap 15 minit hendaklah dibalik-balikkan agar masaknya sama rata.
  6. Masak sehingga tiga hingga empat jam sebelum diangkat.
  7. Lemang boleh dimakan pada bila-bila masa.

Kuih Tradisional Kaum Meleyu

Wahai, murid-murid.
Pernahkah murid-murid makan sejenis kuih yang berwarna coklat, berkilat-kilat dan pekat?
Ia perlu dikacau selama 7 jam untuk menjadi pekat. Ia merupakan kuih tradisional Kaum Melayu.


 

Jawapannya ialah dodol. Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka dan di Muar, Johor .